Aidilfitri Di Alaf Baru

Aidilfitri Di Alaf Baru merupakan sebuah album kompilasi aidilfitri yang menampilkan penyanyi di bawah syarikat rakaman Suria Records iaitu Noraniza Idris, Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Handy Black, Asha Malik, Mazleela, New Boyz dan lain-lain lagi. Setiap seorang penyanyi ini merakamkan sebuah lagu baru untuk di persembahkan dalam album ini.Album ini menghimpunkan lagu raya ciptaan baru dan juga rakaman semula lagu-lagu raya malar segar. Penerbitan Album ini telah menerbitkan beberapa buah lagu baru dimana Liza Hanim, Siti Nurhaliza & Noraniza Idris tampil dengan lagu baru yang cukup segar serta mereka turut berkolaborasi bersama Anis Suraya & New Boyz untuk lagu "Aidilfitri Di Alaf Baru".Klip music video "Aidilfitri Di Alaf Baru" telah dirakamkan di perkarangan rumah Seniwati Kasuma Booty di Klang Gate (Melawati).

Aidilfitri Di Alaf Baru

Dilancarkan pada 17 Disember 1999
Penerbit Adnan Abu Hassan
Genre Pelbagai
Syarikat Suria Records